Isu Seks Luar Tabii: Sekretariat Suara Rakyat Terus Ambil Inisiatif

PUTRAJAYA, 20 Sept – Selepas ke Kedutaan Rusia dan juga Kedutaan Indonesia semalam, hari ini Sekretariat Suara Rakyat Malaysia sekali lagi tampil bersama dengan masyarakat setempat apabila mengambil inisiatif mengedarkan salah satu helain daripada laporan forensik berhubung isu seks luar tabii yang dikaitkan dengan menteri kabinet di Putrajaya.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata pihaknya juga telah pun pergi ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini bagi menyerahkan perkara yang berkaitan soal berkenaan kepada menterinya, YB Zuraida Kamarudin.

“Hari ini kita telah mengedarkan salah satu helaian daripada laporan forensic iaitu salah satu daripada dapatan yang kita peroleh daripada pakar video di United Kingdom dan hari ini kita telah edarkan kepada penjawat-penjawat awam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra.

“Kita juga sudah pergi ke Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menyerahkan dokumen penuh berhubung perkara ini. Tidak ada apa yang tidak sepadan baik dari segi garis rambut dan sebagainya lagi berdasarkan laporan ini.

“Jadi kita tidak akan berhenti buat benda ini, hari ini kita buat di masjid Putrajaya dan kita dah pergi ke kementerian KPKT, tempat Zuraida Kamarudin, kemudian kita dah pergi ke kedutaan Rusia, kedutaan Indonesia dan selepas ini kita akan pergi banyak lagi kedutaan,” katanya di sini, hari ini.

Lokman pada masa yang sama turut meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu berkenaan.

“Amat kecewa dengan kerajaan PH. Dalam insiden ini sudah melebihi tiga bulan dan saya yakin jika polis menggunakan kuasa mereka dibawah Seksyen 15, sudah pasti ianya dapat diselesaikan segera.

“Kita akan terus memainkan isu ini sehingga Azmin dibawa ke muka pengadilan. Kalau mereka ada maruah setidak-tidaknya dakwalah Azmin dan biarlah pihak mahkamah dan pendakwaan melakukan kerja mereka,” ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.