Prihatin Nasib Penduduk Kampung Sungai Paya Jaras, Sertai Kempen Hulurkan Sumbangan

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Prihatin dengan nasib penduduk kampung Sungai Paya Jaras Hilir yang hilang tempat tinggal akibat sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak bertimbang rasa, seorang penduduk berdekatan Zuhaidi Malik, melancarkan kempen mengumpul sumbangan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Jelas Zuhaidi, menyedari sumbangan dari dirinya seorang tidak mungkin cukup meringankan beban 100 keluarga yang terlibat maka beliau melancarkan secara peribadi kempen tersebut.


“Saya tinggal berdekatan dengan kampung yang terlibat dan apa yang menimpa mereka ini amat menyentuh hati saya. Untuk membantu seorang diri saya tahu saya tidak mampa sebab itu saya menyuarakan kepada rakan-rakan untuk dihebahkan perkara ini.

“Saya sendiri tidak menyangsa ianya begitu mendapat sambutan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas harian (beras, susu, minyak, gula, air mineral dan lain-lain) buat 100 buah keluarga mangsa perobohan ini bolehlah penyerahan sumbangan tersebut di pusat pengumpulan sumbangan pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:-

Tarikh mula kutipan : 19 September 2019
Tarikh akhir serahan sumbangan : 21 September 2019
Lokasi pengumpulan sumbangan : Dewan Blok 12, Rumah Pangsa Taman Subang Perdana, Seksyen U3
Tarikh serahan sumbangan : 22 September 2019

Usaha ini adalah atas dasar perikemanusian dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui Zuhaidi Malik ditalian 016-6889091 – Subang dan Yang Edayu Azlyeza Razak 012-6528174 – Kota Damansara.

Untuk rekod, setakat semalam 32 daripada jumlah keseluruhan rumah di kawasan berkenaan iaitu 74 unit rumah telah pun dirobohkan.

Difahamkan kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan untuk merobohkan kampung tersebut bagi projek pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.