Penyokong Tak Percaya PH Jarah Duit Petronas… Najib Lampirkan Bukti Dari Perbendaharaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ekoran komen penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak percaya kerajaan PH sedang menjarah syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Facebooknya memuatnaik fakta dan lampiran dari Perbendaharaan Malaysia.

Katanya, selain pengumuman dividen dalam kenyataan kewangan tahunan PETRONAS, Perbendaharaan Malaysia dari Kementerian Kewangan juga mengeluarkan laporan kewangan yang membutirkan dividen yang diterima dari PETRONAS setiap suku tahun.

“Suku keempat 2018: RM9 bilion. Suku keempat 2017: RM2 bilion (bawah Barisan Nasional (BN)
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q4-2018/Q4-2018.pdf (muka surat 7).

“Suku pertama 2019: RM12 bilion. Suku pertama 2018: RM3 bilion (bawah BN)
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q1-2019/Q1-2019.pdf (muka surat 7).

“Suku kedua 2019: RM14 bilion. Suku kedua 2018: RM5 bilion (bawah PH juga)
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q2-2019/Q2-2019.pdf (muka surat 7),” ujarnya.

PH telah menjarah sebanyak RM82 bilion duit PETRONAS berbeza BN di zaman Najib, meninggalkan rizab untuk PETRONAS sebanyak RM174 bilion.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata ianya jelas bahawa dividen yang diambil oleh kerajaan PH dari PETRONAS bukan sahaja beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding masa BN, malah semakin bertambah setiap suku tahun walaupun penjualan aset negara semakin rancak dan penambahan hutang negara semakin tinggi. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.