Siapa Bocor Surat PM Berikan Projek ‘Direct Nego’ RM450 Juta?


SUSULAN viral sepucuk surat tertera tulisan Dr Mahathir yang memberikan sebuah projek bernilai RM450 juta, timbul pula persoalan siapa yang cuba mensabotaj Tun Dr Mahathir daripada dalam kementerian kewangan?

Surat tersebut ditandatangani pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

Manakala, sepucuk lagi surat daripada syarikat berkenaan, syarikat terbabit mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas sokongsan dan kelulusan kepada projek itu.

Manakala tulisan tangan Tun Dr Mahathir di atas surat tersebut pula disertakan bersama cop Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 4 Mac 2019.

Buat masa sekarang, belum ada siapa-siapa yang menyangkal surat itu palsu, mahupun ianya ‘fake news’.

Maka, timbul pula soalan-soalan daripada kem Mahathir tentang, siapakah di Kementerian Kewangan yang mahu mengkantoikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

Perlu diingat Dap bukan sahaja mempunyai Lim Guan Eng di kementerian tersebut malah, Tony Pua dan juga Ong Kian Ming juga ditempatkan secara strategik di kementerian tersebut. – umno-kedah.com

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.