Jual Dan Terus Jual! Senang Betul Buat Duit Kan?

KUALA LUMPUR, 18 Sept –“Jual dan terus jual! Senang betul buat duit kan?

Demikian tempelak Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih berminat menjual aset-aset negara kepada syarikat asing berbanding membawa masuk pelaburan baru kepada negara.

“Yang terkini Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH Berhad (yang sudahpun dijual oleh kerajaan PH kepada Jepun pada akhir 2018) dengan harga RM1.02 bilion.

“Pusat perubatan ini dulunya dibeli dengan harga RM1.08 bilion oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) pada Mac 2018.

“Secara kasarnya kerajaan sudah rugi RM0.06 bilion, tapi kerajaan PH tetap jual juga walaupun rugi (below cost),” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulas lanjut, Zahida turut mempersoalkan tindakan penjualan kononnya mahu membayar hutang negara.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) pula kata penjualan aset adalah untuk membayar hutang negara.

“Persoalan sekarang adalah, kenapa hutang negara terus meningkat?

“Ke mana hasil dari penjualan aset ini? Soalnya lagi sambil meninggalkan frasa kerajaan PH #KerajaanSepenggal, Kerajaan PH SST iaitu ‘Slow Slow Tibai’. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.