Selamat Hari Malaysia, Marilah Terus Bersatu-Padu – Mohamad


KUALA LUMPUR, 16 Sept – “Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia saya ucapkan kepada semua dan selamat bercuti,” ucap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, kita amat bertuah dilahirkan di dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta aman dan sejahtera.

“Marilah kita terus bersatu padu demi menjamin keharmonian hidup bernegara di tanahair yang bertuah ini. Elakkan persengketaan dan perpecahan yang pasti nya akan membawa mudharat kepada semua.

“Semoga hari Kebangsaan 2019 ini akan memberi kesedaran kepada seluruh warga bangsa Malaysia yang merdeka ini, Insya-Allah,” katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.