Muafakat Nasional Dibentuk Bukan Untuk Menjerumuskan UMNO-PAS Dalam Politik Perkauman

KUALA LUMPUR, 15 Sept. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Hamidi Baharuddin melahirkan keyakinan bahawa permuafakatan yang dibentuk oleh UMNO-PAS bukan berhasrat menjerumuskan ke arah politik perkauman.

Katanya, rakyat negara ini harus melihat permuafakaan ini, pendekatan yang berpandangan jauh demi kepentingan semua.

“Saya yakin permuafakatan ini bukan berhasrat menjerumuskan UMNO dan PAS ke arena politik perkauman, sebagaimana tohmahan liar yang dilemparkan oleh beberapa pihak kebelakangan ini.

“Rakyat negara ini harus melihat permuafakaan ini, pendekatan yang berpandangan jauh demi kepentingan semua. Sebagai parti yang sudah masak dengan agenda perpaduan kaum, UMNO dan PAS tentu memastikan penyatuan ini, bukan untuk memisahkan, menjarakkan atau memusuhi mana-mana kaum dan agama dalam negara tercinta ini,” katanya.

Semalam, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi tumpuan orang ramai sempena Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) Berjaya menghimpukan sekitar 100,000 peserta sepanjang dua hari perhimpunan.– UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.