Muafakat Nasional Langkah Permulaan Berpaksi Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penyatuan ummah UMNO dan Pas merupakan satu langkah permulaan bagi gerak kerja politik Malaysia yang inklusif berpaksikan Perlembagaan negara dengan mengambil kira kemajmukan dan kedinamikan politik semasa.

Ketua UMNO bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, walaupun penyatuan ummah untuk umat Islam dan Melayu namun hak-hak perjuangan untuk semua kaum tidak akan diusik malah akan ditambah baik lagi kehidupan semua rakyat negara ini.

“Islam tidak menyuruh dan langsung tidak membenarkan penganutnya menindas sesama manusia terutama sekali kepada kaum bukan Islam.

“Sentiasa tolong menolong dan berbaik sangka adalah yang wajib diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.