#HPU914 Menuju Kemuncaknya, Lautan Sokongan Rakyat ‘Putihkan’ PWTC

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) menuju kemuncaknya hari ini dengan ‘lautan putih’ peserta mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seawal pukul 7.00 pagi lagi.

Semangat perjuangan terus bersemarak dalam menjayakan penyatuan ummah ini selepas membuka tirai semalam yang berlangsung lancar dengan pelbagai acara membabitkan kerjasama erat UMNO-PAS.

Hari ini, acara akan bermula pukul 10 pagi dengan perarakan masuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Merdeka.

Kemuncaknya, adalah acara menandatangai Piagam Penyatuan Ummah yang tentunya menjadi titik permulaan baru kepada kerjasama UMNO-PAS bukan saja demi kelangsungan politik tetapi yang utama adalah demi agama, bangsa dan negara.

Turut memeriahkan sepanjang dua hari ini ialah gerai jualan yang menyediakan pelbagai barangan dan cenderamata selain ‘food-truck’ sebagai kemudahan kepada orang ramai. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.