Kejayaan Terbesar PHAdalah Menyatupadukan UMNO Dan PAS – Shahril

KUALA LUMPUR 13 Sept – Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan berkata Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) memang dinantikan terutamanya dua parti Melayu terbesar di Malaysia.

Katanya konteks permulaan penyatuan ummah terlaksana apabila UMNO dan PAS kecundang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.

“Tarikh 13 dan 14 September ini adalah tarikh puncak kejayaan paling besar Pakatan Harapan (PH) bukan mengenai isu pendidikan, bukan menaikkan ekonomi dan juga bukan isu orang muda tetapi kejayaan paling besar adalah menyatupadukan dua parti yang tidak boleh bersama.

“Kejayaan ini dipermudahkan kerana DNA kedua-dua parti UMNO dan PAS yang ada adalah serupa. Itu hanyalah asas yang kita hendak buat,” katanya semasa sesi ‘Town Hall’ Anak Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau berkata, walaupun UMNO dan PAS telah lama bertelagah tetapi kerana agama, bangsa dan tanah air UMNO dan PAS akan terus mempertahankannya.

Sementera itu menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata politik fitnah dan persepsi yang dilaksana PH cukup bahaya dan budaya negatif ini mesti ditolak kerana boleh menimbulkan ketegangan dan pertelagahan antara masyarakat.

“Bahayanya politik fitnah dan persepsi ini… PH menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kerana fitnah, sebagai contoh dua kerajaan Islam, Iraq dan Afghanistan jatuh kerana fitnah dan persepsi yang dimainkan oleh Amerika.

“Realitinya kerajaan yang berdiri sekarang ini tidak akan bertahan lama, paling tinggi satu penggal,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, PH sanggup menghalalkan pelbagai cara dan bertentangan dengan syariat Islam asalkan boleh menang.

“Hari ini kita bersaksi,
Hari esok menjual jaya;
Hari ini di PWTC,
Hari esok di Putrajaya… Insya-Allah.” – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.