Rakyat Tersentak Dengan Kerajaan ‘Hopeless’, Penyatuan Ummah Jalan Penyelesaian

KUALA LUMPUR,  12 Sept – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat tersentak dengan apa yang berlaku dalam negara ini setelah kerajaan yang ada bukan sahaja dilihat sebagai sebuah kerajaan yang ‘hopeless’ malah rakyat sedang merasai keperitan.

Lantaran itu ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh, sebagai sebuah badan politik perkara berkenaan diambil dan diberikan perhatian dalam usaha mencari jalan penyelesain terbaik untuk semua.

“Kita sekarang berada di titik bagi kali ketiganya rakyat tersentak dengan adanya sebuah kerajaan yang tidak menunaikan janji kepada rakyat dan mereka merupakan sebuah kerajaan yang ‘never walk the talk’, kemudian mereka juga dilihat oleh rakyat sebagai satu gabungan yang ‘hopeless’, yang rapuh, yang baru setahun dua tahun bercakaran sesama sendiri dan rakyat juga sedang merasakan keperitan….

“Bercakap soal hutang negara akhirnya tidak dikurangkan makin ditambah, bercakap mereka semua adalah seolah-olah pakar-pakar ekonomi tetapi ekonomi makin merundum, mereka menggambarkan kononnya merekalah pembela rakyat tetapi satu demi satu kemudahan rakyat itu ditarik atau ditiadakan.

“Mereka cuba mempamerkan mereka adalah satu kerajaan yag toleran tetapi rakyat melihat mereka semakin hari semkain ganas, semakin rakus’ mereka bercakap tentang ‘rule of law’ tetapi kita tengok mereka sekarang mengurus tadbir berasaskan ‘rule of the jungle’ misalnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Penyatuan Ummah anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang disiarkan menerusi facebokk UMNO-Online, di sini, Rabu malam.

Tambah Annuar lagi, UMNO dan PAS tidak berkempen pun malah dapat dilihat sekarang ini rakyat yang bangkit.

“Dan kita sebagai parti politik melihat kepada sentimen rakyat… kita mengambil tanggungjawab sebagai badan politik untuk mencari jalan penyelesaian sebab rakyat itu sendiri mereka tidak boleh menyelesaikan.

“Mereka boleh keluar ke jalan raya, mereka boleh posting dalam facebook, mereka boleh suarakan tidak puas hati itu dan ini tetapi apa ‘end gamenya’. Kerajaan tidak akan bertukar, keadaan tidak akan bertukar kalau badan-badan politik tidak menyahut dan mendokong suara rakyat,” ujarnya.

Ujarnya lagi, jadi UMNO dan PAS membawa suara rakyat dan bukan suara ahli kedua-dua parti berkenaan semata-mata.

“Keluh-kesah rakyat dan kita merasakan UMNO dan PAS kalau kita bekerjasama kita boleh membawa formula yang lebih baik tetapi bukanlah hanya UMNO dan PAS sebab kitalah lebih faham tentang negara ini perlu kesepakatan yang merentasi kaum dan agama.”

Tegas Annuar, terdapat gambaran yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah pihak bahawa kerjasama UMNO dan PAS itu adalah soal ‘political convenience’ sedangkan ianya adalah jauh melangkaui lebih daripada soal terbabit.

“Ini adalah soal bukan sekadar memenangi pilihan raya dan ini adalah soal keprihatinan kita terhadap apa yang berlaku pada negara, apa yang berlaku pada bangsa dan sebagainya.

“Jadi penyatuan pemikiran politik antara kedua parti ini adalah sesuatu yang sangat signifikan. Sebab itu kita mahu pemimpin dan segenap rakyat hadir bersama kerana bukan soal apa yang ditandatangani itu, tetapi untuk rakyat memahami apa yang bakal berlaku selepasnya kerana ini adalah satu permulaan baru yang sangat signifikan untuk mencorakkan masa depan negara kita,” tambahnya lagi.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.