#HPU914: Anjakan Progresif Melayu Islam Yang Lebih Luas, Berbanggalah Untuk Bersama

KUALA LUMPUR 12 Sept – Exco Wanita UMNO, Datuk Noor Aieni Mohd Ali berkata dua parti terbesar Melayu dan Islam bakal mencatat sejarah baru dalam arena politik negara dan yang lebih penting ialah semua pihak terbabit menunjukkan keikhlasan dalam menastikan agenda permuafakatan ini berjaya.

Katanya, semua pihak tidak dapat nafikan bahawa Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal berlangsung ini akan menjadi satu anjakan progresif perpaduan bangsa Melayu yang lebih luas.

“Penyatuan ummah ini melalui piagam yang dipersetujui bersama maka sudah tentu ia bukan saja dapat mengembalikan kepercayaan orang Melayu malah ia dapat menyatukan rakyat negara ini.

“Kerjasama ini perlu dilihat lebih menyeluruh buat rakyat Malaysia iaitu untuk menyelamatkan rakyat  bukan sahaja Melayu, tetapi semua bangsa dan agama daripada pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta  mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersatu.

“Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila ada pihak yang menyifatkan tafsiran bahawa kebangkitan dan penyatuan ummah ini lebih bersifat politik namun ternyata ia bukan begitu,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambah Noor Aeini lagi, pada masa yang sama penyatuan perpaduan ummah ini perlu diangkat sebagai satu agenda yang lebih universal dan diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysiakerana ia tidak bertumpu kepada Islam dan Melayu semata-mata.

“Konsep penyatuan ini sebenarnya mempunyai pengertian dan objektif yang lebih meluas kerana usaha ini adalah untuk terus memperkasakan perjuangan dan penyatuan bangsa Melayu.

“Perpaduan antara semua kaum juga merupakan satu pegangan yang tidak boleh dikompromi tetapi ia memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah negara yang aman dan pada masa yang sama begitu progresif menuju cita-cita dan wawasan negara.

“Ayuh… datanglah beramai-ramai menyaksikan peristiwa penting yang akan dibuat, demi masa hadapan ummah serta negara Malaysia yang kita cintai. Berbanggalah untuk hadir sebagai peserta Himpunan Perpaduan Ummah dan ia sebuah peristiwa besar yang selayaknya dicatatkan.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.