‘Bunting’ #HPU914: Khalid Samad Berbohong… UMNO Mohon 1,000 Tapi Lulus 150



KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan membidas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berbohong dalam memberi penerangan berkaitan bunting Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) ekoran tular selepas diturunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, dakwaan UMNO membuat permohonan untuk memasang 150 bunting dan kemudian memasang 1,000 bunting adalah tidak benar dan satu lagi penipuan oleh Khalid.

“Kita mohon 1,000, lulus 150. Kita pasang 150. Bukan seperti dakwaan mohon 150 dan pasang 1,000,” kata beliau kepada UMNO-Online, hari ini.

Khalid menerusi Twitternya dipetik berkata, “Permohonan yang dibuat oleh UMNO adalah 150 bunting sahaja tapi memasang 1,000. Kejujuran pejuang Islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu. Beraraklah bersama dengan penipu-penipu yang memperalatkan agamauntuk kepentingan politik mereka. Sudah terang lagi bersuluh… atau…tak pandai kira?”

Tegas Sumali lagi, apa yang didakwa oleh Khalid adalah jelas satu lagi penipuan yang memperlihatkan dirinya umpama cacing kepanasan.

“Jelas satu lagi penipuan dari Khalid Samad yang seperti cacing kepanasan. Sebagai menteri penipuan secara terang ini amat memalukan… sudahlah menipu janji dalam manifesto sekarang dah jadi menteri PH tidak lagi segan-segan membuat pembohongan secara berterusan.

“Khalid Samad sepatutnya segera insaf agar tidak terus menjadikannya dirinya kilang fitnah,” katanya lagi yang turut melampirkan surat permohonan Ibu Pejabat UMNO kepada DBKL berkaitan pemasangan bunting di sekitar Kuala Lumpur.

Himpunan Penyatuan Ummah berlangsung selama dua hari dari 13 September dan kemuncaknya pada 14 September yang bakal menyaksikan kedua-dua parti menandatangani piagam kerjasama UMNO dan PAS. – UMNO ONLINE
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2019/09/28-10-lesen.pdf”]

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.