Bukan Boikot… Orang Islam Cukup Teliti Halal, Haram Dan Kebersihan Produk – Ahmad Jazlan

MACHANG, 10 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menjelaskan gerakan yang dilancarkan secara besar-besaran membabitkan kempen untuk membeli produk muslim bukanlah kempen memboikot mana-mana produk.

Katanya, apa yang dimaksudkan bukan boikot tetapi adalah keutamaan.

“Kalau ada keutamaan sudah pasti saya akan membeli produk yang dikeluarkan oleh orang-orang Islam sebab keyakinan dalam diri kita dan rasa dari segi campuran bahan yang halal.

“Maknanya orang-orang Melayu membeli barangan keluaran oleh orang Islam kerana kita melihat ramai di kalangan orang-orang Islam begitu teliti tentang soal halal, haram dan juga kebersihan sesebuah produk.

“Tentang boikot atau keutamaan kita antara yang Islam dengan bukan Islam tentunya masyarakat Islam akan mengutakan produk yang diyakini kebersihan dan kesuciannya,” katanya kepada UMNO-Online, disini.

Terang beliau, dalam dunia keterbukaan dan pasaran terbuka hari ini, pembeli sama ada dikeluarkan orang Melayu atau pun yang bukan Melayu berhak menjual barangan produk mereka.

“Kempen itu bertujuan bukan saja untuk membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam untuk mengembangkan perniagaanya tetapi yang utama adalah kesuciannya,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.