Pendukung, Pejuang Tekad Realisasikan Agenda Perpaduan Ummah

MACHANG 7 Sept – Program-program himpunan penyatuan ummah terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat negara ini.

Malam tadi, berlangsung ceramah sempena himpunan penyatuan ummah di sini, anjuran bersama UMNO Bahagian Machang bersama PAS kawasan dengan tajuk ‘Islam tergugat, Dap semakin kuat’ yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Machang, sambutan yang mengujakan dengan kehadiran lebih tiga ribu orang sebagai tanda sokongan memenuhi ruang dalam dan luar dewan.

Alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang sama ada di dalam dewan mahupun di luar dewan sebagai pembuka majlis.

Jelas kelihatan kehadiran rakyat dari pelbagai peringkat umur dan tanpa mengira faham politik turut menyokong agenda perpaduan ummah.

Kesepaduan antara Skuad Sabil dan Jabatan Amal turut menyerlah apabila sama-sama berganding bahu memantau serta menjaga keselamatan supaya majlis berjalan lancar.

Antara pemimpin-pemimpin yang memberikan ceramah adalah seperti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Wira Ahmad Jazlan Yaakob, Yang Dipertua PAS Machang, Datuk Dr Ahmad Fadzli Hassan dan penceramah jemputan khas, Ustaz Rujhan Abdul Rahman.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Condong, Ustaz Azhar Salleh, Ketua Wanita UMNO Machang, Senator Rahimah Mohd serta pendukung, penyokong dan pejuang parti akar umbi.

Sebelum acara berlangsung, bacaan doa dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Tajuddin Mokhtar. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.