PH Ibarat Tikus Baiki Labu, Jadikan Perkhidmatan Awam Mangsa Untuk Tutup Kelemahan Sendiri

KUALA LUMPUR, 6 Sept – UMNO menentang sekeras-kerasnya sebarang percubaan memperkotak-katikkan perkhidmatan awam atas apa jua alasan separuh masak serta bercanggah dgn semangat Perlembagaan Negara.

Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan melaksanakan mekanisme baharu untuk menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Katanya, perkhidmatan awam adalah antara yang UMNO dan kita semua perjuangkan sejak sebelum merdeka dengan mengambilnya kembali dari penjajah Inggeris dan jadikan hak kita, dari kita, untuk kita.

“Kita pasak ia dalam perlembagaan negara. Ia sebahagian dari hak istimewa kita. Ia harus diperkaya dan diperkukuhkan. Bukan dilemah atau diperkecilkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, saranan Kerajaan PH, untuk mengecilkan perkhidmatan awam, menggantikan skim tetap dan berpencen kapada skim kontrak adalah ditentang sekeras-kerasnya.

“Kerajaan hendaklah berhenti dari menjadikan Perkhidmatan Awam sebagai ‘scapegoats’. Kerajaan jangan memangsakan mereka yang tidak bersalah untuk menutup kesalahan diri sendiri.

“Pegawai tinggi perkhidmatan awam juga diminta tidak hanya mengampu dengan bersekongkol menyuburkan dasar yang salah dan turut menekan butang yang salah.

“Perkhidmatan awam kita boleh diitingkatkan dengan menghentikan campurtangan politik, memberi mereka penghormatan pengiktirafan dan motivasi, serta memodenkan khidmat dengan latihan, inovasi serta dana yang mencukupi.”

Terang beliau, yang diperlukan bukan ‘down grading’ atau ‘scaling down’ perkhidmatan awam, tapi peningkatan produktiviti dan ‘efficiency’ khidmat mereka.

“Dalam keadaan khidmat kepada rakyat semakin lemah, tindakan kerajaan PH umpama ‘tikus membaiki labu’.

“Penjimatan bukan alasannya. Kerajaan sepatutnyanya memperbaiki sistem cukai yang regresif dan mundur kebelakang seperti SST yang merugikan negara puluhan billion.

“Kjaan sepatutnya berhenti membiakkan ‘black economy’, pelarian dan ketirisan cukai serta pengaliran wang ke luar negara. Berhentilah dari terus membuat preskripsi yang salah… apalagi terus menerus memangsakan institusi dominan anak watan dan bumiputera yang jujur dan setia berkhidmat,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.