Selamat Hari Kemerdekaan: Perkukuh Perpaduan, Pastikan Keharmonian – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – “Marilah sama-sama kita memperkukuhkan perpaduan sesama kita bagi kita memastikan kemakmuran dan keharmonian negara kita dapat kita kekalkan.”

Demikian gesa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sempena hari kemerdekaan ke-62 tahun.

Katanya, menginsafi dan menghayati susah payah pejuang-pejuang terdahulu memerdekakan negara dari penjajah sudah pasti kita hari ini seharusnya mengakui sebuah sejarah bahawa dalam proses mendapatkan kemerdekaan sehingga pimpinan yang mewakili rakyat ketika itu terpaksa berkorban harta benda dan nyawa demi memerdekakan sebuah Tanah milik Melayu untuk ditinggalkan kepada kita generasi hari ini.

“Catatan sejarah tidak boleh diubah bahawa nama ‘UMNO’ merupakan sebuah pertubuhan yang menjadikan negara kita sebuah negara merdeka. Kemerdekaan ” dan UMNO tidak dapat dipisahkan.

“Justeru itu , saya mengajak semua rakyat menghayati erti sebenar kemerdekaan dan bebasnya kita dari penjajahan bangsa asing di Tanah Melayu,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, hari ini.

Ujarnya lagi, merdeka juga harus bebas dari Bangsa Penjajah dan Pengkhianat seperti Komunis dan keturunannya.

“Ayuh kita bangkit kibarkan ‘Jalur Gemilang’ menzahirkan jiwa Patriotisme kita terhadap kemerdekaan negara tercinta.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.