Cermin Dulu Dalam PH Sebelum Hina ‘Skuad Sabil’ – Najmil

KUALA LUMPUR, 27 Ogos  – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz menasihatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar cermin diri sebelum mengutuk atau menghina pihak lain yang dilihat hanya sekadar tin kosong.

Menurut beliau kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mengenai Skuad Sabil pergerakan itu hanya menyerlahkan sikap beliau yang sebenarnya.

“Yang jelas, sayap pemuda dalam PH hanya mahir menggunakan retorik politik dan tak ubah seperti tin kosong. Apa yang kelihatan hanyalah bijak merebut jawatan untuk kepentingan peribadi serta menabur fitnah.

“Nasihat saya kepada pemimpin PH, cermin diri sebelum mengutuk atau menghina pihak lain kerana disebelah PH, sayap pemuda seolah-olah boneka dan tin kosong yang tidak menyumbang apa-apa kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pemuda UMNO semalam membuat laporan polis mengenai kenyataan Sim Tze Tzin yang mendakwa Skuad Sabil yang ditubuhkan Pergerakan Pemuda UMNO adalah ‘Pak Guard dari Bangladesh’ yang dianggap amat rasis dan biadap.

Laporan tersebut dibuat oleh Pengerusi Skuad Sabil Malaysia, Mohamad Fazly Zainudin di IPD Dang Wangi.

Tegas Najmil, Skuad Sabil ditubuhkan atas semangat sukarelawan yang memfokuskan kerja kebajikan dan kebaikan terhadap ummah.

Hakikatnya, tegas beliau Dap telah tergugat dan berasa terancam serta sedar bahawa kerajaan PH adalah sebuah institusi kerajaan yang gagal dan memalukan.

“Skuad Sabil adalah satu inisiatif untuk menggerakkan anak muda supaya mendekatkan diri kepada ummah melalui kerja kebajikan dan perkara ini tidak berjaya dilakukan oleh mana-mana parti komponen PH,” tambahnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.