UMNO Selangor Gerak 10,000 Ahli Jayakan #HPU914

SHAH ALAM, 20 Sept – 10,000 ahli UMNO Selangor akan digerakkan bagi menjayakan majlis menandatangani Piagam UMNO-PAS yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 dan 14 September ini.

Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, UMNO Selangor akan terus mengorak langkah bagi menjayakan lagi kerjasama antara ke dua-dua parti Islam terbesar ini.

“Selepas 14 September, di peringkat negeri, kita akan terus memulakan gerak kerja. Jadi, pada 24 September, kita akan mengadakan ceramah perdana yang pertama di Shah Alam. Ceramah ini diadakan mengikut zon dan kemuncaknya nanti adalah pada 23 November di Kota Raja.
Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan
“Acara kemuncak itu kelak akan melibatkan presiden kedua-dua parti,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas majlis makan tengahari bersama media di sini hari ini.

Tambah Mat Nadzari, walaupun kerjasama UMNO dan PAS ini disusun begitu tapi namun itu tidak bermakna UMNO meminggirkan rakan-rakan di dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Walaupun kombinasi ini nampak seperti hanya UMNO dengan PAS tetapi ini tidak bermakna kita pinggirkan rakan komponen. Kita baru sahaja berjumpa dengan rakan-rakan komponen dan mereka faham kerjasama ini adalah demi membawa kemenangan kepada negeri Selangor,” katanya lagi.

Mengulas berkaitan program Himpunan Penyatuan Ummah dan Melayu Bangkit 2.0 yang bakal diadakan di Pasir Salak pada 30 Oktober ini pula, UMNO Selangor juga akan menggerakan lebih kurang seribu orang ahli bagi memberi sokongan kepada program tersebut. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.