Kenyataan Pimpinan Kerajaan PH Mengelirukan – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Kebelakangan ini, beberapa isu timbul dan telah mewujudkan suatu suasana yang tidak baik di kalangan rakyat terutama rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat jika Kerajaan PH situasi gagal membendungnya, keadaan boleh menjadi tidak terkawal dan mungkin lebih parah.

“Dalam isu Zakir Naik, kedapatan pimpinan Kerajaan PH masih lagi bersikap sebagaimana mereka menjadi pembangkang dahulu.

“Mereka sendiri yang membuat kenyataan kenyataan yang mengelirukan terutama memetik ucapan tertentu diluar konteks sebenar dan dilihat sengaja menimbulkan suasana tenteram bagi menjayakan agenda parti atau diri sendiri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tegas beliau, ini suatu yang tidak adil kerana sebagai pimpinan kerajaan yang memerintah mereka mesti bertanggungjawab dan jangan bertindak seolah olah mereka bukan kerajaan.

“Bersikaplah sebagai pemerintah dan sebuah kerajaan yang adil lagi saksama.

“Saya juga meminta Kerajaan PH dan pihak berkuasa supaya bertegas. Dan tidak membenarkan perlakuan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.”

Katanya lagi, pihak berkuasa mesti bersikap adil dan menggunakan segala peruntukan undang undang yang ada bagi mengawal keadaan dan suasana. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.