Bukan Sahaja Dong Zong Rasis… Guan Eng Dan Ramkarpal Juga Rasis
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Pemerhati Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata jika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar Dong Zong sebagai rasis, maka Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dan Pengerusi Biro Undang-undang parti itu, Ramkarpal Singh juga boleh disifatkan sebagai rasis.
Katanya dalam satu hantaran di Facebook, Kabinet yang turut disertai oleh menteri-menteri Dap, sudah bersetuju pada 7 Ogos lalu untuk tetap melaksanakan pengajaran tulisan khat jawi di sekolah jenis kebangsaan dengan pengubahsuaian tertentu.
“Keputusan Kabinet ini bagaimanapun masih ditentang oleh Dong Zong yang mahu kerajaan batalkan terus pengajaran tulisan khat jawi di sekolah jenis kebangsaan.
“Ekoran tentangan Dong Zong ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam secara terbuka menyifatkan Dong Zong sebagai rasis dan tak suka Melayu.
“Ekoran tentangan Dong Zong ini juga, Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng, semalam mengumumkan beliau akan meminta mesyuarat kabinet akan datang mengkaji sekali lagi keputusannya mengenai perkara ini,” ujarnya.
Tambahnya, apabila kajian pertama sudah mengubah pengajaran tulisan khat jawi dari wajib menjadi pilihan dan dari enam muka surat menjadi tiga muka surat pastilah kajian semula bermaksud untuk membatalkannya terus.
“Di sebalik menjarakkan diri dari Dong Zong selepas ia diselar oleh Tun Dr Mahathir, Pengerusi Biro Undang-Undang Dap, Ramkarpal Singh, membela Dong Zong pula.
“Kalau Dong Zong disifatkan rasis maka Lim Guan Eng yang mengikuti kehendak Dong Zong dan Ramkarpal Singh yang membela Dong Zong pastilah boleh disifatkan rasis juga.
“Tidak begitukah, kawan-kawan? Soalnya. – UMNO ONLINE