Bahasa Jiwa Bangsa: Terlalu Pertahankan Pendidikan Cina… Ke Mana Arah Tuju Negara?

SAYA ada ramai kenalan bangsa cina yg baik namun melihat satu demi satu isu berkait dgn bangsa cina ni saya amat-amat kecewa dan marah.

1. Minggu lepas saya ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru ada pendengaran permohonan injunksi interparte dan sebelum kes dipanggil mahkamah memanggil kes2 jenayah terlebih dahulu.

2. Apa yg amat mengecewakan saya apabila seorang lelaki cina warganegara malaysia telah didakwa dan apabila pertuduhan dibacakan dlm bahasa kebangsaan dia tak faham dan cakap “basa cina” dua tiga kali.. mahkamah pun tetapkan tarikh lain utk lantik jurubahasa cina.

3. Peguam india sebelah saya cakap.. “it is like a disease” dgn muka tak puashati juga.. maknanya dia pun hairan bagaimana warganegara malaysia berbangsa cina masih ramai tak faham bahasa kebangsaan.

4. Teringat kes Cindy Ng Pei Ven berumur 19 thn pada thn 2017 yg memandu kereta proton gen 2 lawan arus di lebuhraya di pulau pinang yg menyebabkan kematian Mohd Fandi Rosli yg meninggalkan isteri yg sedang hamil 4 minggu. Pertuduhan dibacakan dalam bahasa mandarin.

5. Dia didakwa dibawah pengaruh dadah dan didakwa di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya dan turut didakwa di bawah seksyen 44(1)(a) Akta Pengakutan Jalan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian. Namun beliau telah terlepas pendakwaan kes di bawah akta dadah merbahaya kerana ujian air kencingnya negatif. Keputusan kes di bwh akta pengakutan jalan tak dpt diketahui kerana tidak dilaporkan media. Saya anggap dia juga akan terlepas dari hukuman sbb ujian air kencingnya negatif.

6. Pada tahun 2017 negara juga gempar dgn kes seorang lagi perempuan berbangsa cina, Sam Ke Ting yg berusia 21 tahun telah didakwa melanggar dan menyebabkan kematian 8 remaja melayu berbasikal di johor dan pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan juga tidak dpt dibacakan dlm bahasa kebangsaan kerana dia tak faham. Pertuduhan dibacakan di dalam bahasa mandarin.

7. Isu2 seperti kegagalan memahami dan berbahasa kebangsaan bukanlah isu kecil tetapi isu besar yg menampakkan kepincangan sesuatu bangsa dan negara.

8. Kita tidak mempertikaikan hak sesuatu kaum utk berbahasa di dalam dialek bangsanya namun ianya tidak harus mewujudkan bangsa yg gagal memahami aspirasi penubuhan negara dan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lihatlah Jepun, German, Indonesia, Thailand dll. Mereka begitu bangga dgn bahasa dan identiti kebangsaan.

9. Sikap terlalu mempertahankan dan memperjuangkan pendidikan cina diperingkat menengah sehingga ke peringkat tertinggi seperti UEC dll sebenarnya telah pada hakikatnya menafikan hak dasar pendidikan kebangsaan dan telah menggagalkan usaha penyatuan rakyat malaysia berbilang kaum.

10. Kemudian meletakkan pula bahasa mandarin seolah2 lebih tinggi dari bahasa kebangsaan ditunjukkan dgn sikap majikan2 yg meletakkan syarat mesti berbahasa mandarin dlm pengambilan pekerja. Kini ditambah pula dgn sikap perkauman yg sama oleh beberapa menteri2 Dap yg telah menggunakan bahasa mandarin dan mengabaikan bahasa kebangsaan di dalam program2 rasmi melibatkan dana kementerian.

11. Kalau dulu ada pemimpin Dap yg begitu lantang mempertikaikan tulisan jawi di papantanda jalan kini mereka pula mempertikaikan pendidikan tulisan jawi kepada rakyat malaysia berbilang kaum.

12. Ingatlah bahasa jiwa bangsa. Ke mana arah tuju negara ini? Menjadikan mandarin bahasa kebangsaan?

13. Itu belum lagi kita ulas isu majikan yg menghalang umat islam bersolat di waktu kerja, menghalang kakitangan wanita muslim bertudung, diskriminasi gaji dan penjawatan, monopoli perniagaan dan sabotaj di sektor swasta perniagaan dan banyak lagi isu.

14. Hakikatnya sesuatu perlu dilakukan sebelum ianya menjadi lebih parah dan membarah.

15. Al-Fatihah buat Allahyarham Syed Danial yg dipukul oleh seorang lelaki cina dan telah meninggal dunia meninggalkan isteri dan anak kecilnya.

16. Bagi saya jika suspek mengejar, memukul dan melanggar arwah sehingga menyebabkan kematian sememangnya dia bukan mempertahankan diri. Suspek perlu didakwa dan dihukum.

Sedih sungguh lihat gambar keluarga Allahyarham Syed Danial di hari pengkebumiannya ketika umat islam sedang menyambut Aidil Adha.

#Keadilanbuatadibdansemuaygmenjadimangsa

Adnan Seman
Pengamal Undang-undang

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.