Zahid Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Syed Muhammad Danial


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir.

Menerusi catatannya di facebook, beliau berkata Malaysia menghargai nyawa setiap insan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir. Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Rohnya. Al-Fatihah,” katanya.

Syed Muhammad Danial meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki di KM293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi, semalam.

Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.