Pembelajaran Tulisan Jawi : Zahida Persoal Motif Ahli Parlimen Kluang


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan apakah Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berniat jahat dengan mencari alasan supaya rakyat nampak sisi buruknya sahaja berhubung pembelajaran dalam tulisan jawi.

“Seperti dalam slide YB DAP Kluang itu, ada yang guna tulisan jawi untuk tujuan pornografi.

“Atas hujah itu juga YB DAP Kluang ini mahu halang pembelajaran dalam tulisan jawi,” katanya menerusi catatan di facebook beliau.

Tambah Zahida sudah pasti ada juga yang gunakan tulisan Cina, Tamil, English, Jepun, Korea dan sebagainya untuk tujuan sama.

“Jadi kalau guna logik YB DAP ni, Tulisan Cina,Tamil, Jepun, Korea juga tak boleh diajar lah kan,” ujarnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.