Jangan Tertipu Lakonan, Mainan Politik Dap Dan Lim Kit Siang – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – “Jangan tertipu. Itu hanya lakonan,” tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Jangkanya, selepas ini Penasihat Dap Lim Kit Siang akan jumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek serta beritahu mereka, “Tengok, rakyat semakin marah, maka bila lagi nak iktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadau (UEC)”?

Dr Puad berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook berkenaan isu Kit Siang di’boo’ dalam satu majlis makan malam di Parlimennya sendiri, Iskandar Puteri.

Kononnya kerana isu tulisan khat dan pengiktirafan sijil UEC.

Tambah Dr Puad, itu taktik sama Dap dalam isu tulisan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Dap suruh penyokongnya sendiri baling telur ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu. Yang Berhormat tu buat laporan Polis.

“Ia jadi topik panas. Orang Melayu pun turut bantu viral video tersebut. Dap tunjuk video tersebut kepada Maszlee ‘pondan’. Kabinet batalkan dan subjek itu hanya mata pelajaran ‘optional sahaja’.

“Dap pun tarik balik laporan polis terhadap Cina telur itu. ‘Mission completed’. Pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan diperbodohkan oleh Dap rasis,” bidasnya.

Hidup penyatuan ummah, tegasnya sekali lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.