Salam Aidil Adha, Ambil Iktibar Peristiwa Korban – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Bersempena Aidil Adha, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s. redha mengorbankan anaknya yang satu, iaitu Nabi Ismail a.s.

Katanya, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan marilah sama-sama kita hayati falsafah pengorbanan tersebut.

“Atas keyakinan ia adalah tuntutan dan kehendak Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s. redha mengorbankan anaknya yang satu, iaitu Ismail a.s. Sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan marilah sama-sama kita hayati falsafah pengorbanan tersebut.

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Selamat hari raya korban,” katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui laman facebooknya hari ini.

Turut sama mengucap salam Aidil Adha ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1440H kepada semua Muslimin dan Muslimat.

“Marilah kita semua terus berdoa agar kita semua terus berada dalam lindungan Allah SWT jua, Insya-Allah,” katanya.

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, beliau mengajak untuk sama-sama berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian.

“Marilah sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian kita dengan menyahut seruan Ilahi dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa terhadap Allah Yang Maha Esa.

“Berhati-hati ketika di jalan raya bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pandulah dengan cermat agar selamat sampai ke destinasi.

“Selamat mengerjakan Ibadah Haji bagi semua jemaah haji dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia serta selamat menunaikan Ibadah Korban.”

Beliau turut berdoa semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah swt di hari yang penuh kesyukuran ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.