Pinjam Lagi Untuk Cecah RM1 Trilion… Kerajaan PH Boleh Umum ‘Hari Hutang Negara’


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Tidak sampai dua tahun lagi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh mengumumkan cuti umum ‘hari hutang negara’ kerana hutang negara akan mencecah RM1 trilion dengan rasminya, sinis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini berikutan katanya, Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng yang digelar ‘Menteri Kewayangan’ semalam menambah hutang negara dengan membuat pinjaman sebanyak RM 3 bilion.

“Semalam, Menteri Kewayangan pinjam RM3 bilion lagi.

“Baru masuk bulan August dah pinjam RM87.8 bilion (RM80.5 bilion dalam bon tempatan dan RM7.3 bilion bon samurai). Cuma bayar balik RM26 bilion.

“Hutang negara dah cecah RM805 bilion. Bon Panda dan Bon Samurai tambahan masih ditunggu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut membuat perbandingan antara komitmen kerajaan BN dahulu dalam membuat pinjaman dan pembayaran balik dengan kerajaan PH kini.

“Bandingkan pinjaman RM87.8 bilion untuk 8 bulan pertama ini dengan jumlah pinjaman sebanyak RM86 bilion untuk seluruh tahun 2016 di mana RM48 bilion juga dibayar balik.

“Atau bandingkan dengan tahun 2017 di mana RM113.9 bilion dipinjam tetapi RM73 bilion dibayar balik,” katanya lagi.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu juga membidas kerajaan PH yang kuat membuat hutang dan menjual jual aset negara tetapi ekonomi terus merosot. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.