Bila PH Gunakan Kuasa Untuk Dabik Dada… Rakyat Jadi Mangsa


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ternyata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hari ini penuh dengan kecelaruan apabila satu persatu keputusan yang mereka lalukan menimbulkan persoalan kepada rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, bahawasanya apa yang disebut berlaku kemelut dalam pentadbiran Negeri Selangor adalah benar.

Pada masa yang sama beliau turut merasa hairan malah turut percaya apa yang berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini setelah dua hari persidangan dan kemudiannya ditangguhkan menimbulkan tanda tanya kepada seluruh rakyat negeri tersebut.

Jelasnya, ini kerana terdapat usul Rang Undang-undang (RUU) pindaan undang-undang Syariah yang menyebabkan Speaker DUN Selangor menangguhkan dan bererti masyarakat Islam di Selangor merasa kecewa kerana usul ini tidak dibahaskan dalam sidang DUN tersebut.

“Saya risau melihat gelagat speaker DUN Selangor yang secara terang-terangan menangguhkan persidangan dewan untuk tidak memberikan laluan kepada pembentangan tersebut. Ini adalah satu perkara yang mesti lihat secara serius.

“Saya fikir amat malang bukan hanya kepada orang-orang Islam di negeri Selangor tetapi juga keseluruhan rakyat negeri Selangor kerana perkara ini tidak pernah berlaku.”

Beliau berkata sepanjang pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu, tidak pernah sekali pun pemimpin-pemimpin BN mendabik dada dengan kuasa yang ada dan mengugut rakyat, tetapi hari ini mereka (PH) rasa mereka dah ada kuasa dan tidak boleh menafikan beberapa kes yang berlaku bukan hanya di negeri Selangor tetapi di seluruh negara.

“Apa yang saya nampak tindakan mereka kebelakangan ini dilihat seperti cuba mengatasi undang-undang.”

Tambahnya, contohnya apa yang berlaku di Perak, seorang exco kerajaan negeri yang dilaporkan oleh pembantunya merogol tetapi dibebaskan dengan jaminan polis, sedangkan di Melaka hanya pengerusi ketua kampung mencabul telahpun direman selama empat hari.

“Sedangkan di Pahang pula ada pemimpin-pemimpin Dap dengan angkuh mengatakan mereka kerajaan, mengugut Ketua Polis Daerah dengan kuasa politik. Ini semua diperhatikan oleh rakyat.

“Saya rasa seluruh rakyat di negeri Selangor menyatakan pendirian mereka dan saya yakin… insya-Allah mereka akan terjemahkan dan mereka rasa tidak sabar untuk menunggu PRU ke-15.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.