Ambil 10% Hasil Tabung Masjid.. Kenapa Bukan Kerajaan PH Yang Menyumbang?


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana memerah sepuluh peratus hasil sumbangan jemaah kepada tabung masjid atas nama tabung wakaf.

Dalam satu lontaran di Facebook, Zahida bertegas sepatutnya kerajaan membantu menambah dana masjid.

“Hasil sumbangan orang ramai terutamanya pada hari Jumaat kepada tabung masjid dan surau digunakan untuk operasi, tampung kos penyelenggaran, anjuran program-program amal dan banyak lagi kos-kos lain.

“Sepatutnya kerajaan negeri Pulau Pinang yang memberi dana kepada masjid dan surau bagi menampung segala kos harian mereka.

“Bukannya menetapkan jumlah tertentu dan diambil secara paksa,” ujarnya yang mengulas mengenai tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang memutuskan sepuluh peratus hasil sumbangan jemaah masjid untuk dana wakaf mereka.

Mengulas lanjut, Zahida berkata perkara sedemikian tidak pernah berlaku semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negara walaupun pada ketika itu kerajaan negeri Pulau Pinang dikuasai oleh Dap.

“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku pada era BN memerintah dahulu, walaupun Dap mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Adakah selepas ini mereka mahu ganggu dan pertikai kutipan wang zakat pula? Soalnya sambil meninggalkan tanda pagar #KerajaanSepenggal. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.