Hina Jalur Gemilang, Tindakan Tegas Perlu Diambil

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mendesak Ketua Polis Negara dan Peguam Negara mengambil tindakan tegas kepada Tan Sri Lee Kim Yew atas kenyataan terbuka menghina jalur gemilang di laman Facebook beliau 7 Ogos 2019, jam 10.03 malam.

Katanya, pihak Kerajaan dan PDRM harus berani ambil tindakan tanpa mengira kepada latar belakang sama ada Tan Sri atau penyumbang kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 lepas..

“Perbuatan menghina jalur gemilang ini harus diambil tindakan tegas. Saya harap pihak berkuasa jangan hanya berpeluk tubuh dalam isu ini kerana status beliau,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perbuatan Kim Yew jelas telah menguris jutaan hati dan perasaan rakyat Malaysia apabila cuba menukar warna Jalur Gemilang.

“Walaupun saya rasa beliau akan u-turn dan mohon maaf kerana kebodohan beliau, pihak polis harus ambil tindakan tegas untuk dijadikan pengajaran agar tiada lagi pihak yang akan mencemar dan menghina Jalur Gemilang negara.”

Soal beliau, adakah sekali lagi akan ada tangan ajaib seperti kes Adib, kes terowong Pulau Pinang, kes air kencing anak menteri, kes rogol orang gaji, kes rasuah SuPol Menteri, kes lembu korban, kes video semburit dan pelbagai kes lagi dimana pihak berkuasa dilihat takut nak ketengahkan kes ini kerana ada campur tangan politik.

“Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan yang sepatutnya disambut dalam suasana perpaduan rakyat Malaysia, tetapi telah dicemari dengan tindakan individu yang bergelar Tan Sri kerana kerakusan politik.

“Saya bersama jutaan rakyat Malaysia ingin lihat keadilan dalam sistem undang-undang negara kembali, dimana hari ini rakyat sudah hilang kepercayaan dan intergriti pada sistem undang-undang kerana terlalu banyak tangan ajaib yang membuat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.