BR1M Bukan Untuk Beli Undi, Pemangkin Kepada Ekonomi Setempat – Najib

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah hasil cetusan daripada taklimat bersama Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mencadangkan ‘cash payment is the help the poor’.

Menurut beliau hasil daripada perbincangan berkenaanlah, ianya dijenamakan sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam usaha untuk memberi bantuan dan menjaga kepentingan rakyat di seluruh negara.

“BR1M ada satu aspek kebajikan yang kita tolong, dan satu lagi dari teori ekonomi ia menjadi pencetus atau pemangkin kepada local ekonomi, seperti contoh di Pekan, tiap-tiap tahun melalui BR1M 28 juta jadi ‘injection’ (suntikan)kepada ekonomi dan kuasa pembeli, besar impaknya… contoh di pasar malam meriah, kedai-kedai runcit dan supermarket pun tambah perniagaan.

“Saya tak fikir BR1M itu punca Melayu jadi malas dan ia perlukan pertolongan. Saya tak nampak macam mana BR1M ini membuat ia menjadi malas, sebab kalau kita tanya orang dapat BR1M kerana dia memerlukan keperluan-keperluan tertentu, sekurang-kurangnya ‘dapur berasap’ dan ia tak susah dan menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia, di sini, Rabu malam. Wacana berkenaan bertajuk ‘Hard Truth: Cash Is King’ yang disiarkan secara langsung menerusi facebok UMNO-Online. Moderator terdiri daripada Sdr Mohd Shafiq Fadhly dan Sdr Farhan Khairudin

Najib seterusnya menjelaskan menerusi BR1M kerajaan turut memikirkan langkah selanjutnya pada waktu berkenaan.

“Pada mulanya kita perkenalkan BR1M, kita dah fikir bahawa perkara ini dan fasa kedua nanti kita nak kaitkan dengan prestasi dan memberi kita pendapat dan suatu hari nanti kita tidak memerlukan bantuan dari kerajaan lagi,” terang beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.