Wadah Perjuangan Tak Bergantung Pada Individu, UMNO Terus Muafakat – Annuar


KUALA LUMPUR, 7 Ogos – “Setiap parti ada pasang surutnya… kekuatannya bergantung pada roh dan falsafah perjuangannya yang tulin tetapi jika semata-mata bergantung pada individu, atau isu dan fitnah ia tidak akan bertahan lama.”

Demikian kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai maklumbalas terhadap laporan anggota Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dari parti.

“Sebahagian dari ahli Bersatu adalah mempunyai jiwa dan semangat UMNO, justeru UMNO akan terus membuka pintu untuk mereka kembali, asalkan dibuat mengikut peraturan dan perlembagaan parti…,” katanya sebagaimana yang dipetik dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, bagi UMNO, wadah perjuangan diteruskan tanpa bergantung pada individu.

“Kita akan terus membina muafakat yang lebih besar kerana kelahiran UMNO itu sendiri dari sebuah muafakat yg besar… biarpun kita ditindas dan dihina, kita akan terus berjuang penuh kesabaran demi kebenaran… berteraskan akidah, berpandukan al-Quran dan sunnah untuk agama,bangsa dan tanah air,” kata beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.