Wacana Ilmu Platform Untuk Rakyat Menilai Parti Mana Yang Lebih Baik – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Wacana Ilmu Penerangan UMNO Malaysia adalah ruang terbaik untuk rakyat membuat penilaian parti mana yang boleh bekerja dan berkhidmat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, dalam landskap politik yang telah berubah, rakyat boleh berfikir dan membuat penilaian berdasarkan kepada situasi hari ini.

“Kita harap wacana ini dapat diikuti dalam pelbagai media khususnya media sosial supaya rakyat boleh melihat dan berfikir parti mana yang lebih baik,” katanya dalam ucapan pembukaan Program Wacana Ilmu, malam ini.

Wacana Ilmu Penerangan UMNO Malaysia kali ini, menampilkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang kini popular dengan panggilan ‘Bossku’.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib yang sentiasa memberikan hujah dan fakta sehinggakan tidak boleh dijawab oleh menteri ‘kewayangan’,” katanya lagi.

Wacana Ilmu Penerangan UMNO Malaysia ini membawakan tajuk ‘Hard Truth: Cash Is King’ yang diadakan di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn. Program ini turut disiarkan secara langsung menerusi laman facebook UMNO-Online, malam ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.