‘Cash Is King’ Ialah Menjaga Kepentingan Dan Kebajikan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan ‘cash is king’ membawa maksud kepada persoalan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di negara ini.

Justeru katanya tidak timbul seperti mana cakap-cakap sebelum pilihan raya umum yang lalu bahawa beliau membeli undi sebaliknya apa yang dilakukan dan dilaksanakan menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah semata-mata untuk rakyat.

“Saya bermaksud bukan secara literal. Apabila disebutkan ‘cash is king’ sebenarnya maksud saya rakyat itu ‘king’. ‘Cash’  itu kita gunakan untuk bantu rakyat.

“Sebagai sebuah kerajaan, tanggungjawab kita mesti tolong orang yang memerlukan pertolongan. Orang miskin, orang yang ada masalah, anak mahu pergi sekolah tidak cukup wang mahu beli pakaian, beli kasut , kalau ada masalah dari segi keluarga yang uzur dan sebagainya. Ini semua kumpulan yang kita kategorikan sebagai kumpulan yang memerlukan pertolongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia, di sini, Rabu malam. Wacana berkenaan bertajuk ‘Hard Truth : Cash Is King’  dan Program tersebut disiarkan secara langsung menerusi facebok UMNO-Online.

Moderator terdiri daripada Sdr Mohd Shafiq Fadhly dan Sdr Farhan Khairudin.

Tambah Najib apabila hasil negara ditambah menerusi Goverment and Services Tax (GST), ianya dipindahkan kepada kumpuan B40.

“Kita tambah hasil negara terutama sekali kutipan GST, lepas itu kita pindahkan kepada kumpulan yang kita gelarkan sebagai B40 iaitu mereka dalam kategori 40 peratus ke bawah yang kebanyakannya yang berada di luar bandar dan di bandar pun ada serta tidak mengira kaum, tidak mengira bangsa, ideologi politik.

“Kalau orang tuduh saya mahu beli undi saya bagi kepada mereka yang sokong kita sahajalah. Namun sebaliknya. Kita beri pertolongan ini tanpa syarat. Adakala orang itu yang kita anggap  ‘hardcore’ pembangkang pun kita berikan juga.

“Mereka menunggu pemberian BR1M dan hari ini  mereka sebut kami rindu zaman BN…ini soal kebajikan rakyat. Daripada aspek lain, BR1M dari segi teori ekonomi ianya menjadi pencetus atau pemangkin kepada local ekonomi,” tambahnya. -UMNO ONLINE

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.