Bukan Setakat Penipu, Guan Eng Terkenal Dengan Sikap Kewayangannya – Zahida

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng tidak henti-henti dengan sikap kewayangannya, bidas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan.

“Menteri Kewangan dengan bangga sebut tiada cukai baru dalam pembentangan bajet 2020. Tapi itu semua wayang semata-mata…

“Sebab kerajaan PH sudah pun umum banyak cukai baru lebih awal antaranya cukai digital 6% sebagai hadiah tahun baru pada 1 Januari 2020.

“Satu lagi adalah Levi pelepasan udara yang akan kuatkuasa kurang 30 hari dari sekarang,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru itu katanya lagi, kerajaan PH bukan sahaja menipu tidak menunaikan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu, malah menipu rakyat hapus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diganti dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk melahirkan pelbagai lagi cukai baharu.

“Satu cukai GST hapus, lahir 10 lagi cukai baru selain SST. Biar betul LGE ni? Kalau tak menipu tak sah jadi menteri PH.

“Oh! Malangnya rakyat Malaysia kena tipu hidup-hidup. Eloklah PH jadi #KerajaanSepenggal sahaja! Bidasnya lagi.

Dalam satu status lain di media sosialnya itu juga, Zahida turut mengulas mengenai tindakan kerajaan PH yang tidak mahu lagi memberi bantuan kepada pekebun kecil untuk menanam semula kelapa sawit sebaliknya digantikan dengan pinjaman atas alasan tidak adil kepada semua pihak.

Sindir Zahida, tidak adil juga jika menteri mengambil gaji yang rakyat bayar tetapi gagal menjalankan tugas menjaga kebajikan rakyat.

“Alasan menteri buluh ini (Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim) bantuan yang diberi tidak adil. Saya rasa kita semua tahu kenapa dia kata tak adil.

“Saya juga mahu cadang supaya menteri ni jangan ambil gaji dia yang rakyat bayar. Kerana ia sangat tidak adil bila Menteri PH bersenang-lenang, tidak buat kerja dan gagal jalankan tugas untuk kurangkan beban rakyat.

“Cukupkah dengan pencapaian saranan minum sawit sesudu sehari? Atau pun menoreh getah pada musim tengkujuh? Soalnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.