Tommy Thomas Wajib Dakwa Paul Yong Choo, Perlu Adil Tanpa Berat Sebelah


KUALA LUMPUR, 31 Julai – Peguam Negara, Tommy Thomas wajib mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong tentang tuduhan rogol dan cabul terhadap, pembantu rumah supaya tidak berlaku penarikan balik kes dan berat sebelah, tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin.

Katanya, individu yang bersalah semestinya dibawa ke muka pengadilan tidak kira latar belakang pesalah tersebut.

“Tommy perlu meneliti intipati serta maklumat kes tersebut serta bersikap adil dalam membuat keputusan supaya desakan daripada Kerajaan Indonesia itu dapat diberi perhatian serius kerana membabitkan,” katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Tunas Muda dalam kenyataan media hari ini.

Tegasnya lagi, pihak polis seharusnya mengambil tindakan untuk menahan Paul dan perlu menjadi lebih profesional dalam menjalankan siasatan supaya tertuduh dibawa ke muka pengadilan

Berikut adalah kronologi kes tersebut:

• 9 Julai 2019, satu laporan telah dibuat mengenai dakwaan cabul dan rogol terhadap seorang pembantu rumah wanita berusia 23 tahun yang mempunyai kaitan dengan Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong di Balai Polis Jelapang.

• Paul yang merupakan ADUN Tronoh dituduh mencabul dan merogol pembantu rumahnya di Meru, Jelapang. Tuduhan ini telah menjadikan isu ini sebagai isu yang terbaru pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan selain daripada isu-isu hangat yang lain.

• Lebih mencetuskan kontroversi apabila Paul masih lagi bertugas di pejabatnya setelah dinasihatkan berehat sehingga siasatan mengenai kes ini selesai. Beliau menyatakan sekeras-kerasnya beliau tidak bersalah dalam tuduhan yang dibuat oleh bekas pembantu rumahnya itu.

• Kes ini juga turut mendapat perhatian serius pihak Kerajaan Indonesia dalam memastikan kes ini tidak bersifat berat sebelah dan menuntut keadilan terhadap rakyatnya sekiranya Paul dibuktikan bersalah oleh pihak polis.

• 17 Julai 2019, kertas siasatan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya supaya dapat menjalankan siasatan yang rapi dan terperinci mengenai kes ini. Sekiranya dibuktikan bersalah diatas tuduhan yang diberikan, pihak Polis seharusnya mengambil tindakan untuk menahan Paul dan perlu menjadi lebih profesional dalam menjalankan siasatan supaya tertuduh dibawa ke muka pengadilan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.