Politik Polarisasi Dap Ibarat Bom Jangka, Rosakkan Kedamaian Pelbagai Kaum – Annuar

SEPANG, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, politik yang dimainkan oleh Dap ibarat bom jangka paling dahsyat yang merosakkan kedamaian kepelbagaian kaum negara ini.

Jelas beliau, polarisasi dan ketegangan kaum antara rakyat Malaysia yang semakin memburuk sekarang ini adalah kerana Dap yang berterusan bermain dengan api perkauman.

“Politik polarisasi yang dimainkan oleh Dap secara tidak langsung menyemai rasa kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.

“Sebab itu UMNO dan PAS harus ambil alih Putrajaya dan masyarakat majmuk di negara ini boleh berbangga dengan kejayaan pembinaan negara di bawah acuan PAS, UMNO dan BN sehingga membentuk sebuah negara berbilang kaum hidup aman harmoni tanpa sengketa.

“Orang Cina di Malaysia dia boleh berbangga sebagai rakyat malaysia dan orang India boleh berbangga bahawa dia rakyat Malaysia yang telah dibina bersama PAS, UMNO dan BN dan bukan model daripada Dap,” ujar beliau ketika berucap di program Ceramah Perdana anjuran PAS kawasan Sepang yang telah diadakan pada Ahad malam.

Tambah Annuar, sekiranya cara berpolitik Dap terus diterap di negara ini maka bukan sahaja perkauman akan memburuk malah ekonomi orang Cina sendiri juga akan terjejas.

“Kalau Dap memulakan politik polarisasi, dia menanam juga politik kebencian. Dulu orang Cina dilihat berlonggok dalam satu pola yang begitu, hukum fizik kata ‘for every action there will be equal and opposite action’.

“Secara tak langsung Dap menyuruh orang Melayu tanam rasa benci terhadap orang Cina, cara politik Dap secara tak langsung menyuruh kita mengatur strategi untuk melemahkan ekonomi orang Cina dan sebagainya kerana itu adalah politik polarisasi, politik kebencian yang akan membawa kepada politik kezaliman,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.