Berita Malaysiakini Tidak Benar Sama Sekali – UMNO, PAS

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Piagam UMNO PAS yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding kedua-dua parti langsung tidak menyentuh soal pembahagian kerusi.

Demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh UMNO dan PAS yang diwakili Setiausaha Agung parti masing-masing Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, di sini hari ini.

Kenyataan tersebut mengulas mengenai suatu pelaporan portal berita Malaysiakini semalam, 29 Julai yang bertajuk ‘UMNO sedia serah kerusi tradisi kepada PAS’.

Laporan tersebut menyebut kononnya piagam UMNO PAS memuatkan persetujuan pembahagian kerusi di antara kedua-dua parti dengan nisbah yang tertentu.

“Adalah ditegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Justeru, semua pihak dipinta tidak membuat sebarang spekulasi liar tentang Piagam UMNO PAS sebaliknya menunggu hari pelancarannya pada 14 September nanti,” tegasnya.

UMNO dan PAS mempunyai mekanisme tersendiri mengenai pembahagian kerusi. – MEDIAUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.