Ahli UMNO Jangan Terpengaruh Atau Terperangkap Permainan Politik Pihak Tertentu

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat diminta tidak terpengaruh atau terperangkap dengan permainan politik pihak tertentu, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata demikian merujuk kepada
berita yang disiarkan oleh Malaysiakini, kononnya, UMNO dan PAS telah bersetuju membuat pembahagian kerusi 50 -50 adalah tidak benar sama sekali.

“Semua ini adalah usaha untuk memecah-belahkan muafakat UMNO PAS yang sedang terjalin baik dan Piagamnya akan ditanda tangani pada 14 September 2019 ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.