PH Buat Hutang RM10 Bilion Sebulan, Sampai PRU15 Jadi Berapa Total Hutang?

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang semakin kuat bekerja menambah hutang negara.

Dalam lontaran di Facebook, Najib berkata demikian merujuk kepada laporan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

“Tiap-tiap bulan mereka meminjam sekitar RM10 bilion. Dengan itu, hutang negara bertambah sekitar RM10 bilion tiap-tiap bulan.

“Bulan Julai ini, PH pinjam RM10.5 bilion bayar dan balik RM1.1 bilion sahaja. Bulan Jun pinjam RM8 bilion. Bulan Mei pinjam RM12 bilion. Langsung tak bayar balik satu sen.

“Tiba bulan ini sahaja dah pinjam RM30.5 bilion – hampir cukup untuk melunaskan semua hutang RM32 bilion 1MDB dengan sepenuhnya,” katanya.

Jelasnya juga, hutang terus negara dengan rasminya telah mencecah RM807 bilion berbanding RM686.8 bilion semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Setakat tahun ini sahaja, hutang sudah naik RM66 bilion.

“Bon Samurai sudah masuk tapi nak tambah lagi. Bon Panda masih ditunggu Guan Eng.

“Kalau hutang bertambah RM10 bilion setiap bulan, berapakah jumlah hutang negara bila sampai PRU15? soalnya.

Apa yang menghairankan ujar Najjb, pertambahan mendadak hutang negara itu tidak seperti apa yang mereka janjikan semasa kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

“Yang dijanji mereka ialah untuk mengurangkan hutang.

“Yang rakyat dapat ialah hutang naik dengan kadar hampir empat kali lebih cepat berbanding masa BN saya Perdana Menteri,” tambahnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.