Dap Dibidas… Sentiasa Fitnah, Hina, Main Isu Perkauman, Tanam Kebencian, Pecah Belah Untuk Agenda Peribadi

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemuda MCA menempelak Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang sering membuat fitnah dan menghina MCA.

Ketuanya, Nicole Wong berkata tindakan Guan Eng itu bukan suatu yang mengejutkan kerana Dap sentiasa memainkan isu perkauman untuk menghasut, menanam kebencian dan memecah-belahkan rakyat demi agenda peribadi mereka.

Nicole dalam status Facebooknya berkata demikian mengulas mengenai Menteri Kewangan itu, yang kini popular dengan gelaran Menteri Kewayangan yang telah membuat kenyataan yang memfitnah dan menghina MCA, antaranya seperti yang berikut:

1. MCA mengubah namanya kepada ‘Malaysian Corruption Association’;

2. MCA tidak mengendahkan isu 1MDB;

3. MCA menyokong ekstremisme;

4. MCA mahu menghapuskan hak asas bukan Islam; dan

5. MCA mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

“Ia tidak mengejutkan (jika) beliau membuat kenyataan menghasut tersebut, kerana PH berjaya menjadi kerajaan berdasarkan penipuan dan janji palsu.

“Dan sepertimana yang dibuktikan beliau tidak layak sebagai Menteri Kewangan kerana tidak mampu mengira dengan betul,” bidasnya.

Jelas Nicole, MCA sentiasa konsisten mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Selama lebih 60 tahun, MCA telah membuktikan melalui kelakuan kami, dan bukannya hanya janji-janji kosong.

“Bahawa kami akan sentiasa mempertahankan hak semua rakyat dan membantah ketidakadilan terhadap rakyat,” ujarnya lagi.

Justeru itu malam tadi katanya, Pemuda MCA dari seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Guan Eng itu, dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan terhadap Guan Eng secara terperinci atas Seksyen 499 Kanun Keseksaan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.