Kerana UMNO Melayu, Melayu Islam… UMNO-PAS Bersatu – Hadi

SEPANG, 29 Julai – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesilapan politik membuang undi dan masa depan negara yang berlaku pada hari ini begitu membimbangkan rakyat akhirnya telah menjadi penyebab dua parti yang selama ini bersengketa telah bersatu.

Namun jelas beliau, kebersamaan UMNO dan PAS bukanlah satu perkara baru kerana kedua-dua parti ini pernah bekerjasama.

“Roh Islam dalam diri setiap muslim yang telah menyatukan umat Islam sepertimana berlaku ketika zaman pasca kemerdekaan apabila PAS dan UMNO bersama demi kestabilan politik di negara ini.

“Mengapa PAS boleh terima UMNO… kerana UMNO Melayu dan Melayu itu adalah Islam.

“Pengalaman-pengalaman lalu menjadi pengajaran kepada kita maka perpaduan kita kali ini lebih kukuh, insya-Allah,” ujar beliau ketika berucap dalam program Ceramah Perdana: Islam Memimpin Perpaduan yang diadakan malam tadi di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, malam tadi.

Tambah beliau, kecelaruan politik masa kini adalah disebabkan rakyat terpengaruh dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) maka ramai yang tersalah pangkah dan akhirnya kini menyesal tidak sudah.

Ujar beliau, walaupun Barisan Nasional (BN) dan UMNO ada membuat kesilapan sewaktu pentadbiran mereka tetapi tidaklah seteruk pentadbiran PH.

“UMNO perintah ada kesilapan tapi tidaklah serumit sekarang ini. Dulu ramai anggap politik perkara yang tidak penting jadi mereka dengar janji manis PH.

“… nak buat perubahan konon mudah macam Tuhan… malam ini menang esok minyak turun… kun faya kun,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.