Dasar Keahlian Lebih Terbuka, Menerusi Pindaan Perlembagaan UMNO

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pindaan Perlembagaan UMNO pada November ini yang dipercayai menyentuh dasar-dasar keahlian, bakal menjadikan parti itu sebagai parti utama orang Melayu dan bumiputera.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam akaun Twitter beliau malam tadi.

“UMNO bakal menjadi parti politik orang Melayu dan bumiputera yang unggul dan inklusif apabila Perlembagaannya dipinda November ini.

“Ia bakal mempunyai dasar keahlian yang lebih terbuka kepada semua. Ahli biasa..ahli bergabung..ahli bersekutu. UMNO untuk semua,” katanya dalam akaun media sosial itu.

Beliau hari ini juga bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan kedua-dua parti akan mengadakan majlis menandatangani piagam muafakat pada 14 September ini untuk berkerjasama (berta’awun) antara satu dengan lain.

Piagam berkenaan akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti tersebut. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.