UMNO-PAS Tandatangan Piagam Muafakat 14 September

KUALA LUMPUR, 25 Julai – UMNO dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk berkerjasama (bertaawun) antara satu dengan lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh UMNO dan PAS yang diwakili oleh Setiausaha Agung parti masing-masing Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, memaklumkan bahawa kedua-dua parti telah memuktamadkan dan akan memeteraikan satu piagam bersama dan satu memorandum persefahaman yang telah siap digubal oleh satu jawatankuasa bersama yang diwujudkan sebelum ini.

Dimaklumkan, kedua-dua parti juga telah bersetuju untuk mengadakan satu Majlis Menandatangani Piagam pada:
Tarikh: Sabtu, 14 September 2019,
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Piagam ini akan ditandatangani sendiri oleh presiden kedua-dua parti dan majlis bersejarah ini akan dihadiri oleh semua pemimpin UMNO dan PAS dari seluruh negara. – MediaUMNO

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2019/07/JOINT-STATEMENT-SUA-UMNO-PAS.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.