Guan Eng Bongkar Guan Eng Menipu….

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru rakyat mengingati wajah orang yang dipamerkan di Facebooknya dengan sebaik-baiknya.

Ini kerana kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, beliau mahu membongkarkan sekali lagi penipuan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang digelar Menteri Kewayangan sepertimana Setiausaha Agung Dap itu pernah berbohong dengan memanipulasi penjualan aset negara dikira sebagai “pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah.”

Semalam, Guan Eng mengeluarkan siaran media bahawa defisit kerajaan telah jatuh 39% kepada RM21.4 bilion bagi tempoh lima bulan pertama 2019, daripada RM35.0 bilion pada tempoh sama tahun lepas dengan berkata ia adalah kerana “Disiplin fiskal telah diketatkan dengan gabungan kawalan lebih ketat terhadap perbelanjaan mengurus, melalui amalan tender terbuka yang kompetitif dengan lebih meluas serta pengenaan belanjawan asas-sifar oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).”

“Yea lah tu… Tapi apa yang dia tidak beritahu ialah kenapa dan apakah kedudukan fiskal kerajaan untuk lima bulan terakhir tahun 2018 di bawah kerajaan PH. Kejatuhan untuk lima bulan pertama ini ialah kerana kerajaan PH membayar bonus tahun 2018 pada bulan Disember 2018 dan bukan pada bulan Januari yang biasanya diamalkan oleh kerajaan BN.

“Sebenarnya, Guan Eng telah membongkarkan Guan Eng masa itu: “Ini kali pertama kita bayar bonus pada tahun sama. Kalau sebelum ini akan bayar tahun berikutnya.” umum Guan Eng.

“Oleh itu, perbelanjaan untuk lima bulan pertama tahun ini kurang berbanding lima bulan pertama tahun 2018 kerana tak ambil kira bonus penjawat awam,” jelas Najib.

Tambah Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, jika diambil lima bulan terakhir tahun 2018 pula, defisit negara hampir naik TIGA kali ganda kepada RM25.3 bilion berbanding RM8.9 bilion untuk tempoh yang sama tahun 2017, di mana semua data boleh diperolehi di laporan Bank Negara Malaysia.

“Apa yang Guan Eng juga tidak sebut dalam kenyataan akhbar dia hari ini ialah hutang negara juga telah bertambah RM48.6 bilion untuk lima bulan pertama tahun 2019 iaitu 64% lebih tinggi berbanding RM29.5 bilion untuk tempoh yang sama masa BN.

“Defisit naik hampir 3 kali ganda Guan Eng tak sebut. Hutang negara bertambah dengan kadar 64% lebih tinggi, dia tak umum. Tapi defisit turun 39% kerana bonus tak bayar pada tempoh itu, dia keluarkan kenyataan akhbar pulak.

“Haiya! Macam ini pun boleh ah?” kata kawan seorang saya apabila saya jelaskan isu ini tadi,” ujar Najib.

Justeru bidas Najib, jelas terbukti PH menipu rakyat untuk menang.

“Selepas menang, mereka tetap menipu rakyat secara berterusan,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.