MUBARAK Berharap Program Parlimen Mahasiswa Diwujudkan Kembali

KUALA LUMPUR 24 Julai – Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berharap agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat melaksanakan program Parlimen Mahasiswa yang telah dilaksanakan selama tiga tahun bermula dari 2015 sehingga 2017.

Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman langkah berkenaan seiring dengan dengan penurunan had umur pengundi yang telah diluluskan oleh Parlimen dari 21 ke 18 tahun.

“Anak-anak muda adalah tulang belakang masa depan negara. Kita hendak melatih kader-kader kepimpinan masa depan dan kita mengharapkan kerajaan PH dapat meneruskan program ini kerana golongan mahasiswa amat penting.

“Program ini telah dilaksanakan selama tiga tahun berasaskan kepada pemilihan ahli-ahli Parlimen Mahasiswa dibuat oleh universiti daripada kumpulan pelajar-pelajar yang mengetuai persatuan-persatuan dan juga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang merangkumi pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya lagi, langkah tersebut diyakini mampu mengenengahkan pemimpin-pemimpin muda peringkat universiti ke Parlimen.

Katanya lagi surat mengenai perkara berkenaan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tindakan selanjutnya. – MediaUMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.