Isu Air: Kerana Ego Pemimpin PH, Rakyat Yang Tanggung Sengsara…

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Rakyat sudah bosan dengan kegagalan dan kelemahan kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam mengatasi isu air lantaran masih berterusan dan tiada kesudahannya.

Exco Wanita UMNO, Azizah Harun berkata pimpinan kerajaan Selangor ini adalah pimpinan yang terlalu ego walaupun sudah tiga penggal PH memerintah namun sehingga kini masih tiada usaha yang jelas untuk menyelesaikan masalah air di negeri berkenaan.

“Pelbagai perbincangan, cadangan dan syor telah diberikan kepada kerajaan PH sejak memerintah, juga semasa BN menjadi kerajaan pada penggal lalu namun kerana keegoan, kerajaan Selangor tidak bertindak dalam menyelesaikan masalah penstrukturan air yang lebih sistematik,” katanya kepada UMNO Online, pada hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk laporan akhbar menyatakan bahawa 1.16 juta pengguna di 1,133 kawasan Negeri Selangor terjejas dengan masalah air yang tercemar ini.

Justeru katanya, bermacam-macam alasan yang sama diberikan dan akhirnya rakyat Selangor menjadi mangsa dan terpaksa menanggung bebanan isu air ini.

Azizah yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor menambah, semenjak tewasnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu, keprihatinan rakyat semakin bijak dalam menilai taktik dan strategi yang sama selalu digunakan berulang kali oleh kerajaan PH terutamanya dalam isu air ini.

“Dulu PH kata isu sabotaj yang digembar-gemburkan sedangkan sebenarnya mahu mengaburi dan menimbulkan pelbagai persepsi untuk menutup kelemahan mereka sedangkan keresahan rakyat untuk menyalahkan parti tertentu dalam isu ini bukan jalan terbaik.

“Tuduhan terhadap BN hanyalah sebagai ‘selimut’ yang menutupi kelemahan kerajaan PH dalam menguruskan masalah air.

“Siasatan ke atas syarikat perlombongan pasir milik kerajaan negeri ini akhirnya memberikan jawapan sebenar dan pastinya dapat merungkai dakwaan sabotaj ini.”

Akhirnya tegasnya, kerajaan PH terpaksa menutup malu akibat perbuatan yang suka menyalahkan dan melakukan sabotaj terhadap BN setiap kali berlakunya gangguan air di Selangor.

Dilaporkan, pada penggal lalu beberapa kali BN pernah mengusulkan kepada kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamad­kan proses penstrukturan semula industri air yang ketika itu dijadikan mainan politik oleh kepimpinan PH. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.