Kestabilan Politik Negara Terjejas Di Bawah Kerajaan PH – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris melihat kestabilan politik negara semakin hari semakin terjejas di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lemah lagi membimbangkan.

Ini kerana katanya gara-gara pertembungan serta perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin PH ianya dilihat menjadi antara factor yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik negara.

“Bermula daripada kelemahan dalam mentadbir negara, kelembapan ekonomi, skandal pemimpin sehinggalah kepada keputusan Speaker Dewan yang tidak adil membuktikan kerajaan PH sebenarnya punca kepada kerosakan negara yang berlaku hari ini.

“Kegagalan kerajaan PH menangani masalah dalam parti menyebabkan tugas utama iaitu menerajui negara dan menjaga kebajikan rakyat semakin terabai dan akhirnya rakyat yang menerima akibatnya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Katanya lagi masalah domestik yang berpunca daripada perebutan kuasa dalam kalangan elit politik akan menjadi punca kepada ketidakstabilan politik negara yang dikhuatiri bakal memberi kesan yang tidak baik.

“Kesannya dapat dilihat pada hari ini apabila Malaysia yang dulu menjadi hab utama kepada pelabur asing kini semakin ketinggalan dalam kalangan negara Asia Tenggara.

“Prestasi ekonomi dan survival negara juga amat membimbangkan apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet mengesahkan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan pada akhir 2018 berjumlah RM1.1 trilion,” ujarnya.

Ujarnya lagi, kini, kestabilan politik dan masa depan negara menjadi persoalan utama yang amat membimbangkan rakyat Malaysia apabila negara ini ditadbir oleh kerajaan yang lemah dan tidak cekap. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.