Dua Usul Blok Pembangkang, Bahas PAC Dan Hadap MP Bagan Ke Jawatankuasa Hak Parlimen

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima usul dari blok pembangkang.

Katanya, usul tersebut membabitkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk dibahaskan pada sidang yang akan datang.

“Usul ini akan membahaskan laporan PAC akan dibentangkan pada sesi perbahasan Dewan Rakyat pada bulan Oktober nanti dan yang kedua iaitu meminta Speaker mengkaji semula untuk Ahli Parlimen Bagan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas tuduhan perkataan merompak.

“Kita minta Speaker menarik diri dari mesyuarat sewaktu isu ini dibahaskan dan digantikan dengan orang lain. Isu Lim Guan Eng juga akan dibahas semula kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan speaker,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera memaklumkan speaker perlu menarik diri apabila usul ini dibahaskan kerana ingin mengelakkan konflik terhadap isu Guan Eng.

“Isu pertama kerana tak setuju dengan keputusan Speaker yang tidak membawa Ahli Parlimen Bagan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen maka Speaker perlu tidak terlibat apabila isu ini dibahaskan.”

Katanya, blok pembangkang merasakan terdapat ‘conflict of interest’ berkaitan hal tersebut apabila anak Speaker dimaklumkan bekerja dengan Guan Eng.

“Kita menganggap ada conflict of interest walaupun dia kata tidak… tapi kita rasa ada apabila dia buat keputusan yang menyebabkan MP Bagan tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.