Saksikan Wacana Ilmu Malam Ini Kupas ‘Rule Of Law’ Bagaimana Amalannya Sekarang?


KUALA LUMPUR, 17 Julai – Wacana ilmu Penerangan UMNO Malaysia malam ini akan mengetengahkan topik ‘Rule Of Law: Bagaimana Amalannya Sekarang’, dengan menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim bersama penganalisa politik Dr. Shamsher Singh Thind dan pengamal undang-undang, Adnan Seman.

Selain boleh menonton secara langsung menerusi laman Facebook rasmi UMNO-Online jam 9.00 malam ini, khalayak juga dijemput untuk hadir bagi mengikutinya di Auditorium Menara Dato’ Onn, Ibu Pejabat UMNO, di sini.

Dalam masa yang sama, orang ramai turut dipelawa untuk memberikan cadangan, komentar atau idea berkaitan isu terbabit menerusi ruangan komen yang ada.

Wacana ilmu ini bertujuan membincangkan isu-isu yang terpilih dengan lebih lanjut selain memberi peluang kepada orang ramai untuk bertanya secara terus kepada panel jemputan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.